Tuesday, June 11, 2013

Bihun RM3.90, air milo RM1.90 dan duit RM5 sudah ckup buat hati ni rasa sebak.

Leave a Comment
Gambar sekadar gambar hiasan
Bihun RM3.90, air milo RM1.90 dan duit RM5 sudah ckup buat hati ni rasa sebak.

Penulis kongsikan pengalaman sewaktu penulis pergi di sebulah bandar kota raya yang sangat membangun. Siapa pernah pergi lowyat? Plaza Low Yat dekat Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Waktu penulis pergi hari sabtu, minggu terakhir cuti untuk budak-budak sekolah. Tiba di Kl Sentral penulis menaiki monorel terus ke Bukit Bintang, penuh dengan manusia Melayu, Cinta, India , pelancong dari luar negara semua ada.

Sampai sahaja di Bukit Bintang penulis terus ke Plaza Low Yat sebab nak beli laptop baru, dari 2,3 tahun lepas memang segala aktiviti berkaitan internet ni penulis gunakan pc destop, bila sekarang HarianIslam dah mula banyak event penulis pun fikir lagi elok jika ada sebuah laptop peribadi sendiri.

Dalam keesakan penuh dengan manusia, penulis terpandang dari jauh seorang ibu tua bersama anak kecilnya yang penulis rasakan dalam lingkunan 5 hinggan 6 tahun, dalam keadaan serba kekurangan, baju lusuh, duduk atas lantai di tepi kaki lima yang penuh dengan manusia yang lalu lalang.

Penulis lihat orang ramai yang ada lalu di situ, seperti buat-buat tidak nampak seorang ibu tua yang sudah tidak berdaya lagi duduk di penjuru bangunan. Penulis perhatikan tiada orang pun yang nak memberikan derma kepada ibu tua tersebut, penulis fikir dalam hati, aku nak beli laptop baru paling tak pun RM1500-RM2000 mesti habis, tapi mak cik ni mungkin nak beli nasi untuk makan pun tak mampu.

Penulis hampiri mak cik tersebut, baju lisuh, anak kecil yang tak sihat, hanya duduk tersepit di celah bangunan besar yang dipenuhi dengan orang ramai, penuh dengan anak-anak muda, tak kurang juga yang datang dengan pakwe-makwe bagai, tapi penulis terfikir kenapa hati diaorang tak tersentuh rasa sedih bila melihat seorang ibu dalam keadaan miskin macam ni.

Bagi penulis mudah sahaja, kalau penulis lihat orang tua dalam keadaan susah, penulis akan terus terbayangkan kalau la ni mak dan ayah aku mesti aku rasa sedih sangat-sangat, alhamdulilah mak dan ayah penulis sihat dan tidak mengalami nasib sebegitu. Waktu saya nak menghulurkan RM5 ringgit, saya lihat mata seorang ibu ni merah penuh dngan air mata, tiba-tiba air mata seorang ibu ini mengalir. " terima kasih Nak " Allahu Rabbi saat tu lagi la saya pun rasa sedih, mak cik buatlah duit makan ok, dan saya terus beredar. Baru masuk dlm lowyat 30 minit, hati saya dah tak tenang, terkenangkan ibu tadi, saya singgah ke kedai dan beli mihun dan air milo, dan trus kluar dari lowyat untuk bagi dkat ibu tu. " Mak cik, saya ada belikan mihun & air milo ni, mak cik makan la, dalam kesedihan wajah ibu tu, saya dapat lihat satu senyuman yang sangat gembira dari ibu tersebut bersama dengan air mata yang mengalir. Saya lihat sekeling orang ramai hanya memandang tindakan saya, tapi tiada pun yg datang untuk menghulurkan RM 1,2 ringgit untuk derma. Sedih saya lihat, dalam kesesakan manusia, pakai baju lawa-lawa, cantik-cantik, tapi untuk keluarkan RM1,2 ringgit untuk menderma pun masih berkira. Penulis cuma nasihatkan, bila anda lihat pak cik mak cik yg dlm keadaan daif dan miskin, anda bayangkan la yg minta derma tu mak dan ayah korang sndiri. Daripada Abu Hurairah r. a berkata : " Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s. a. w lalu bertanya: Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya? Nabi menjawab :
Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada masa itu masih sihat dan engkau bakhil (merasa sayang untuk mendermakan harta), engkau takut menjadi fakir dan engkau berangan-angan untuk menjadi lebih kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila ruh sampai di kerongkong, lalu ketika itu baru engkau berkata : Untuk si polan harta ini, untuk si polan harta ini, pada hal harta engkau itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain. Riwayat Bukhari dan Muslim
Dalam status facebook penulis ada kongsikan mengenai kisah ini, ramai rakan-rakan yang memberi komen dan pandangan mereka sendiri di sini. Tak kurang juga ada yang menyalahkan fungsi baitulmal dan badan zakat Malaysia, ramai juga yang takut untuk menderma sebab sekarang banyak sindikit yang minta derma untuk mengambil kesempatan. Sudah menjadi kewajipan untuk menolong saudara kita yang berada dalam keadaan susah, tidak sepatutnya kita hanya menyalahkan baitul ataupun pusat pungutan zakat dan sebagainya, kenapa kita perlu tunggu orang lain? yang jelas Allah sudah bagi kita peluang untuk buat pahala. Mungkin ramai yang akan kata, sekarang ni nak derma pun takut la, sebab takut kena tipu. Bagi anda yang fikir macam tu, itu adalah pandangan anda,lagipun derma kena ikhlas dari hati tak guna juga kalau kita menderma tapi dalam hati terpaksa. Selalunya penulis akan cakap begini kepada kawan-kawan penulis yang takut kena tipu bila menderma.
Kau derma je la RM 1,2 ringgit. Tipu ke tak tipu itu urusan si dia dengan Allah, yang penting kita dah bantu. Kita tetap akan dapat pahala, selagi mana kita tak tau yg dia menipu kita yang penting niat kita kerana Allah Ta'ala.
Artikel HarianIslam
Read More...